Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes bunuh diri yang dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Beliau berkata, dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2019 kepada 226 kes dilaporkan setakat Oktober tahun lalu, usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik.

Anwar turut membidas kenyataan segelintir menteri yang menyifatkan kerajaan berjaya menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik sedangkan rakyat sebenarnya masih dalam keadaan susah.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1518248805188020